Senin, 02 Maret 2015

Tips

1. Senaman Fleksibiliti 
Tujuan dari senaman fleksibiliti adalah untuk meningkatkan fleksibiliti atau kelenturan dari otot dan sendi. Contohnya seperti senaman regangan.


2. Senaman Aerobik atau Kardio 
Senaman aerobik merupakan senaman  fizikal yang mempunyai intensiti yang rendah dan tenaga yang dihasilkan dari senaman jenis ini adalah melalui proses penjanaan tenaga-aerobik. Aerobik sendiri bererti penggunaan "oksigen" untuk memenuhi keperluan tenaga pada waktu senaman dilakukan, atau lebih dikenali sebagai metabolisme aerobik.
Secara amnya senaman aerobik dapat menurunkan risiko kematian kerana penyakit kardiovaskular (penyakit yang melibatkan jantung dan saluran darah). Antara kebaikan senaman aerobik adalah:
a.Menguatkan otot yang digunakan untuk respirasi (proses pernafasan), untuk memudahkan pengaliran udara ke paru-paru.
b.Menguatkan otot di jantung.
c.Mengukuhkan seluruh otot dalam badan
d.Meningkatkan kecekapan pengedaran darah dan merendahkan tekanan darah
e.Meningkatkan jumlah sel darah merah di dalam badan, seterusnya memudahkan pengangkutan oksigen
f.Meningkatkan kesihatan mental, termasuk mengurangkan stress dan kemurungan
g.Menurunkan risiko kencing manis
h.Membakar lemak dan mengukuhkan otot
i. Aktiviti aerobik yang mempunyai impak tinggi (seperti berjoging atau melompat tali "skipping rope"boleh merangsang pertumbuhan tulang, serta mengurangkan risiko osteoporosis pada lelaki dan wanita.
Antara aktiviti-aktiviti yang merupakan senaman aerobik adalah seperti mengayuh basikal, berenang, berjalan, melompat tali, mendayung, berlari, mendaki atau bermain permainan dalam waktu yang lama seperti tenis, bola sepak dan sebagainya.
3. Senaman Anaerobik 
Senaman anaerobik adalah senaman dengan intensiti yang cukup untuk mencetuskan metabolisma anaerobik (tanpa penggunaan oksigen, atau penggunaan oksigen yang kurang). Ia digunakan pada atlit untuk mendapatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa dan pada ahli bina badan yang ingin menambahkan jisim otot. Sistem tenaga otot yang dilatih menggunakansenaman anaerobik adalah berbeza berbanding dengan senaman aerobikia memberikanprestasi yang lebih baik dalam tempoh yang singkat, pada aktiviti berintensiti tinggiyangberakhir dalam masa beberapa saat dan bertahan sampai sekitar 2 minit.
Contohnya senaman anaerobik antaranya ialah seperti latihan angkat berat, latihan berat, latihan berfungsi, latihan yang eksentrik, lari pecut , dan pelbagai senaman lain yangmeningkatkan kekuatan otot dalam jangka waktu yang pendek.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar