BAGI SAHABATKU YANG TERTINDAS
(Karya : Kahlil Gibran )
Wahai engkau yang dilahirkan di atas
ranjang kesengsaraan,
diberi makan pada dada penurunan
nilai,
yang bermain sebagai seorang anak di
rumah tirani,
engkau yang memakan roti basimu
dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur
dengan airmata yang getir.
Wahai askar yang diperintah oleh
hukum yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan
isterinya,
anak-anaknya yang masih kecil,
sahabat-sahabatnya,
dan memasuki gelanggang kematian
demi kepentingan cita-cita, yang mereka sebut 'keperluan'.
Wahai penyair yang hidup sebagai
orang asing di kampung halamannya, tak dikenali di antara
mereka yang mengenalinya,
yang hanya berhasrat untuk hidup di
atas sampah masyarakat dan dari tinggalan atas
permintaan dunia yang hanya tinta
dan kertas.
Wahai tawanan yang dilemparkan ke
dalam kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat
seumpama kejahatan besar oleh mereka
yang membalas kejahatan dengan kejahatan,
dibuang dengan kebijaksanaan yang
ingin mempertahankan hak melalui cara-cara yang keliru.
Dan engkau, Wahai wanita yang
malang,
yang kepadanya Tuhan menganugerahkan
kecantikan.
Masa muda yang tidak setia
memandangnya dan mengekorimu,
memperdayakan engkau,
menanggung kemiskinanmu dengan emas.
Ketika kau menyerah padanya, dia
meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam
cakar-cakar penurunan nilai dan
keadaan yang menyedihkan.
Dan kalian, teman-temanku yang
rendah hati,
para martir bagi hukum buatan
manusia.
Kau bersedih, dan kesedihanmu adalah
akibat dari kebiadaban yang hebat,
dari ketidakadilan sang hakim, dari
licik si kaya,
dan dari keegoisan hamba demi hawa
nafsunya Jangan putus asa,
kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini,
di balik persoalan, di balik awan
gemawan,
di balik bumi, di balik semua hal
ada suatu kekuatan yang tak lain adalah seluruh kadilan,
segenap kelembutan, semua kesopanan,
segenap cinta kasih.
Engkau laksana bunga yang tumbuh
dalam bayangan.
Segera angin yang lembut akan
bertiup dan membawa bijianmu memasuki cahaya matahari
tempat mereka yang akan menjalani suatu
kehidupan indah.Engkau laksana pepohonan
telanjang yang rendah kerana berat
dan bersama salju musim dingin. Lalu musim bunga akan
airmata yang menyembunyikan
senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang padamu dan
kuanggap hina para penindasmu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar